Khamis, 30 April 2009

PRASANGKA BAIK : ORANG YANG BERIMAN

A. PRASANGKA BAIK ADALAH SALAH SATU CIRI ORANG YANG BERIMAN

Al-Quran menyatakan bahawa prasangka baik (pengharapan yang baik) adalah salah satu ciri penting bagi orang-orang yang beriman, dan dalam masa yang sama, suatu petunjuk kepada keimanan mereka. Manusia meletakkan prasangka baik kepada Allah menurut keimanan mereka, dan menyimpan keinginan mendalam untuk mencapai rahmat dan anugerah-Nya yang melimpah-ruah disebabkan bahawa Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman sesuatu yang paling istimewa di dunia dan di akhirat. Harapan manusia untuk mendapatkannya bergantung kepada sejauh mana keyakinan mereka kepada Allah, kehampiran mereka kepada-Nya, serta pengabdian dan keikhlasan mereka. Mengetahui bahawa segala sesuatu terjadi dengan izin-Nya, orang yang beriman tidak akan menjadi kecewa atau putus asa dan hilang keyakinan diri. Dan, oleh kerana orang-orang yang beriman tahu bahawa Allah akan mengabulkan doa mereka, meraka tiada merasa ragu-ragu, walau sedetikpun, bhw sesuatu yg pada zahirnya malapetaka adalah ujian untuk mereka yg akhirnya akan membawa kebaikan kpd mereka.

Setiap sesuatu yg berlaku adalah menurut hukum Allah melalui perintah "Kun". Setiap saat, setiap sesuatu dan setiap kejadian di hadapan kita terjadi melalui kehendak Allah. Tiada sesuatu terjadi dgn sendiri, krn setiap sesuatu dijadikan menurut Qadar yg ditentukan oleh Allah baginya.

Org-org yg beriman yg menyedari hal ini tidak akan merasa putus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, walaupun ketika berhadapan dgn situasi yg paling negatif atau kejadian yg paling menekan perasaan. Mereka yg sabar dlm kepayahan, tidak berputus asa, dan tidak berkompromi dlm mematuhi peraturan Allah telah diberi khabar gembira di dunia dan di akhirat.

Al-Quran menggambarkan org-org yg beriman sebagai mereka yg sentiasa dlm keadaan berbaik sangka terhadap Allah. Org yg beriman yg ikhlas akan tahu dan memahami akan Tuhan mereka seperti yg digambarkan oleh Al-Quran, dan oleh itu akan menyedari rahmat dan kelebihan yg dianugerahkan oleh-Nya kpd mereka. Mereka tahu bhw Allah ialah Wali dan Penolong org yg beriman, dan Allah bersifat rahmat dan berbelas kasihan terhadap mereka, bhw Allah telah memberi khabar gembira kpd hamba-hamba-Nya yg bertaqwa di dunia dan di akhirat, dan Allah sekali-kali tidak memungkiri janji. Mereka menyaksikan bhw Allah hanya menghendaki yg terbaik dan bagus utk mereka, bhw Allah membuka pintu rahmat dan petunjuk utk mereka, dan bhw Allah menyediakan peluang seluas-luasnya utk mereka mendpt ganjaran.


Oleh krn itu org-org yg beriman yg tahu hal ini, sentiasa dlm keadaan berbaik sangka terhadap Tuhan mereka, mengaharapkan yg terbaik dan bagus drp-Nya di dunia dan di akhirat. Beberapa ayat-ayat Al-Quran menyatakan bagaimana Allah memberi balasan dan memberi khabar gembira berupa ganjaran, kurnnia, dan rahmat :


"Dan org-org yg beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yg lebih baik dari apa yg mereka kerjakan." (surah Al-Ankabut:ayat 7)

"Dan Dia memperkenankan (doa) org-org yang beriman serta mengerjakan amal yg soleh dan menambah (pahala) kpd mereka dari Kurnia-Nya. Dan org-org yg kafir bagi mereka azab yg sgt keras." (surah Asy-Syura:ayat 26)

"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dgn kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan utkmu ampunan drp-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (surah Al-Baqarah:ayat 268)

Doa dan permintaan org yg beriman penuh dgn pengharapan. Sebagaimana salah satu ayat yg menyebut:

"....... sedang mereka berdoa kpd Tuhannya dgn rasa takut dan harap ......." (surah As-Sajdah:ayat 16)


Memandangkan doa itu sendiri adalah pengibadatan dan penunjuk kpd sifat sangkaan baik terhadap Allah, org yg beriman berdoa agar Tuhan mengabulkan doa mereka.



Dipetik drp buku "PRASANGKA BAIK DI DALAM AL-QURAN"
Pengarang: HARUN YAHYA
Penterjemah: ROBIATUL ADAWIAH OHN @ ABDULLAH
Penyunting: NORAINE ABU
Tajuk asal dlm bahasa Inggeris : HOPEFULNESS IN THE QURAN
Terbitan: AL-HIDAYAH PUBLISHERS







Selasa, 31 Mac 2009

Mendekat Diri Kepada ALLAH Bersama Alam Semesta

BERTAFAKUR TERHADAP PENCIPTAAN LANGIT

Dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:"Apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya, dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun."(Qaaf:6)

P
ada ayat yang lain Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:"Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian pula dengan bumi. Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan sesungguhnya ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu."(At-thalaq:12)

Ketahuilah (semoga Allah merahmatimu), apabila kamu memperhatikan jagat raya ini secara bersungguh-sungguh, maka kamu akan memahami bahawa alam ini adalah umpama sebuah rumah yang dibina dan di dalamnya disiapkan segala sesuatu yang diperlukan oleh penghuninya. Langit yang tegak tinggi adalah umpama atap rumah, bumi luas yang terbentang adalah umpama permaidani, bintang-bintang yang bertebaran adalah umpama lampu penerangnya dan harta kekayaan yang terpendam adalah umpama simpanan yang bila-bila masa dapat digunakan. Kesemuanya disiapkan dan disediakan bagi keperluan manusia.

Adapun manusia adalah umpama seorang raja yang memiliki segala sesuatu yang ada di jagat raya ini. Bermacam jenis tumbuhan disediakan untuk memenuhi keperluannya dan berbagai macam haiwan dapat dimanfaatkan serta digunakan bagi kemaslahatannya.

Allah menciptakan langit dengan warna yang sangat indah lagi sedap dipandang mata. Bahkan ianya dapat memperkuatkan daya pandang mata seorang hamba. Seandainya langit itu bersinar dan mengeluarkan cahaya, tentu akan merosakkan mata yang memandangnya. Warna hijau ataupun biru sangat sesuai dan selesa bagi mata yang memandangnya. Pada saat memandang langit yang luas, jiwa akan merasa tenteram dan nikmat, lebih-lebih lagiketika muncul gugusan bintang dan cahaya rembulan.

Sebagai pemilik rumah, raja akan menghiasi tempat dan ruang yang ada di dalamnya dengan berbagai ukiran serta hiasan yang dapat menyejukkan mata yang memandangnya. Namun, seindah apapun hiasan dan ukiran tersebut jika mata kerap melihat dan memandangnya maka akan muncul kejemuan dan kebosanan, sehingga hilanglah segala kesenangan dan kenikmatan yang dirasakan.

Perkara tersebut akan berbeza jika seseorang memandang langit dengan segala hiasannya. Apabila manusia merasa bosan kerana sebab-sebab tertentu maka mereka biasanya akan mencari sesuatu yang dapatmencerahkan dan melapangkan perasaannya, iaitu dengan melihat luasnya langit dan tempat-tempat yang terbuka.

Para ahli hikmat berkata,"Kesenangan dan kenikmatan yang dapat kamu rasakan di rumahmu adalah bergantung kepada kesempatan yang dapat kamu gunakan ketika melihat langit dari rumahmu itu."

Langit juga dihiasi dengan bintang-bintang yang bertebaran dan bulan yang bersinar. Pergerakan dan perjalanan bintang tersebut dapat memberikan petunjuk dan panduan kepada umat manusia yang berada di segenap ufuk. Ada garis orbit yang menjadi jalan yang dilalui dari sebelah timur sehingga ke sebelah barat. Ia sangat teratur dan wujudnya tidak datang secara tiba-tiba.

Di langit juga ada sekumpulan bintang yang dapat memberikan petunjuk dan arah bagi orang-orang yang sesat dalam perjalanan. Perkara tersebut adalah sesuai dengan isyarat Allah dalam Al-Quran y
ang ertinya:"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan."(Adz-Dzariyat:7)

Dijelaskan bahawa makna "
al-hubuk" adalah jalan-jalan. Ada juga yang menjelaskan bahawa maknanya adalah "yang memiliki hiasan", sehingga ayat tersebut dapat diertikan sebagai langit yang menjadi petunjuk yang sangat jelas yang dapat menunjukkan seorang hamba kepada Penciptanya. Ciptaan-Nya sangat jelas sehingga dapat menunjukkan keluasan ilmu Penciptanya. Demikian juga dengan berbagai perkara dan sistem orbit yang sangat tertib sehingga semua itu menunjukkan kehendak Zat yang mewujudkannya. Maha Suci Allah, Zat Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak.

Disebutkan pula bahawa memandang langit mempunyai sepuluh macam keuntungan, iaitu:

1. Mengurangkan berbagai keinginan.

2. Meminimumkan perasaan gelisah.

3. Menghilangkan rasa takut.

4. Mengingatkan diri kepada Allah.

5. Menimbulkan rasa keagungan (
ta'ziim) Allah di dalam hati.

6. Menghilangkan fikiran-fikiran yang kotor.

7. Bermanfaat bagi orang yang berada dalam kesedihan.

8. Menghiburkan orang-orang yang sedang rindu.

9. Menjinakkan orang-orang yang sedang mabuk cinta.

10. Satu cara untuk dikabulkannya permohonan orang-orang yang berdoa.





Dipetik dari buku "Mendekatkan Diri Kepada Allah Bersama Alam Semesta" oleh Imam Al-Ghazali















Jumaat, 6 Mac 2009

Waktu Yang Sesuai Menghantar Bayi Ke NURSERI

SEBENARNYA MENGIKUT PENDAPAT SAYA BERASASKAN ILMU DAN PENGALAMAN SAYA DAN JIKA KITA MEMAHAMI SETIAP ANAK ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH S.W.T MAKA SETIAP ANAK ITU MESTILAH DIJAGA DAN DIDIDIK OLEH IBU BAPANYA SENDIRI. RUMAH PERLU DIANGGAP SEBAGAI UNIVERSITI UTAMA DAN PERTAMA MANAKALA IBU BAPA ADALAH PROFESOR UTAMA DAN PERTAMA.

Seharusnya pendidikan ini bermula sebelum berkahwin lagi iaitu pendidikan keibubapaan diintegrasikan ke dalam kursus pra perkahwinan. Juga dalam dunia yang amat mencabar ini, setiap bakal suami dan isteri mestilah menjalani pemeriksaan perubatan supaya dapat mengelakkan penyakit berjangkit seperti Hepatitis B, C, Sifilis dan HIV termasuk juga Talasemia yang boleh berjangkit kepada anak-anak.

Seterusnya ibu harus menjaga anaknya sendiri dari dalam kandungan lagi sehingga umur tiga tahun. Ini bermakna jika kita benar-benar serius tentang keturunan dan masalah kecederaan otak iaitu lahirnya anak kurang upaya, ibu yang bekerja seharusnya diberi cuti dari ia disahkan hamil sehingga anak berumur 3 tahun. Sekarang kita masih lagi mendebatkan cuti bersalin dilanjutkan dari dua bulan kepada enam bulan.
Ditanya kepada saya bila masa yang sesuai untuk ibu bapa yang bekerja menghantar anak ke nurseri atau taman asuhan kanak-kanak jawapannya adalah seawal umur 3 tahun. Tentu yang mendengar ini terperanjat dan 'bos' berasa marah dan tidak suka kepada Dr Noor Laily. Tetapi apa yang saya luahkan ini ialah perkara benar. Anak kecil juga perlu disusukan dengan susu ibunya sendiri sekurang-kurangnya 2 tahun.




Tapi jika kedua-dua ibu bapa bekerja apa yang harus dilakukan? Cuti bersalin bermula hanya lepas bersalin dan hanya 2 bulan. Selepas itu siapa pula yang akan menjaga bayi itu? Ada yang menggunakan pembantu rumah, ada yang menghantar anak ke nurseri atau rumah sebelah atau hantar balik kampung dijaga oleh datuk atau nenek atau saudara-saudara lain.


PERTAHANKAN HAK WANITA



Ibu bapa pula kadang-kadang terpisah, isteri di Kuala Lumpur, suami di Kota Bharu, anak di kampung atau nurseri. Ibu menjadi ibu dan 'isteri tinggal', ayah menjadi 'ayah tunggal' dan anak menjadi 'anak pajak gadai'. Ini banyak terjadi pada golongan-golongan seperti doktor, jururawat, anggota polis dan anggota tentera.



Pihak yang berkuasa harus memikirkan dengan serius perkara ini. Cadangan saya supaya cuti bersalin dipanjangkan lebih dari dua bulan seperti yang diamalkan oleh banyak negara Barat. Kita juga perlukan satu polisi mempertahankan hak wanita kerana saya pernah mewakili Malaysia dalam delegasi Persidangan Pembangunan Wanita di Copenhagen.



Saya ingat lagi kami secara sebulat suara bersetuju supaya isteri sebagai suri rumah dan ibu diiktiraf dan dibayar elaun. Sebabnya kami begitu sedar akan terjadi gejala sosial yang tidak boleh terkawal kerana pembangunan yang begitu pesat. Tetapi yang saya masih sedih dan sayu, kita sanggup membina bangunanyang berbilion-bilion, jambatan yang hebat tetapi peruntukan pembangunan ibu bapa dan anak-anak sukar diberikan.


Apa akan jadi kepada anak dan keluarga kita? Kadang-kadang saya menangis kerana hari ini susah hendak cari pemimpin yang sedar tentang betapa pentingnya perkara ini.


Dalam keadaan yang ada sekarang ini, di mana kedua ibu bapa perlu bekerja maka kita mestilah memikirkan cara dan polisi yang terbaik bagaimana anak-anak kita dapat dibesarkan sehungga menjadi khalifah di bumi Allah.


KHALIFAH DI BUMI ALLAH


Semua panduan ini telah diturunkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran, sebuah kitab yang sesuai untuk apa jua zaman. Allah s.w.t juga menghadiahkan manusia (baka Homo Sapiens) yang secara fitrah atau potensi anak kecil boleh dibangunkan menjadi khalifah di bumi Allah. Allah s.w.t telah menganugerahkan manusia dengan otak dan sistem saraf yang membezakan manusia dengan binatang dan dengan itu boleh mencari cara untuk potensi atau fitrah manusia dicemerlangkan.


Jadi ibu bapa mesti tahu ilmu ini dan apa yang boleh menyerlahkan potensi ini serta apa pula yang akan menghalang atau mencacat cederakan fitrah itu. Janganlah kita hanya melaung-laungkan Program Bina Insan, tetapi cara dan pendekatannya tidak tepat. Saya difahamkan perbelanjaan seorang di dalam penjara atau pusat serenti lebih tinggi dari membiayai seorang anak di sekolah asrama penuh. Mengapa perkara ini tidak didebatkan dengan hangat. Mengapa kita asyik dengan menyanyi dan menari sahaja, tetapi anak-anak kita tidak menjadi "orang". Hari ini pepatah Melayu dahulu amat tepat sekali iaitu :


"Kera di hutan kita susukan, anak di rumah mati kelaparan." Satu lagi renungan untuk anda!.





oleh : Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar (institut pembangunan keluarga & kanak-kanak NURY)

dipetik dari majalah wanita segmen permata hatiku






Khamis, 26 Februari 2009

Pentingnya ilmu Keibubapaan

APA TELAH TERJADI KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA HARI INI? KITA SERING DIPAPARKAN DENGAN BERITA PERBALAHAN ATAU PERGADUHAN BAIK DI PERINGKAT BAWAHAN HINGGALAH KE PERINGKAT PEMIMPIN. SIAPAKAH YANG BERSALAH HINGGA KITA MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN GENERASI SEPERTI INI?

Itulah antara sebabnya 24 tahun dahulu lagi saya telah menyarankan agar ibubapa diberi ilmu keibubapaan yang tepat, jelas, betul, dan tidak mengelirukan. Di samping itu oleh kerana kedua ibubapa bekerja maka, satu polisi dan program diwujudkan supaya anak-anak tidak di pajak gadaikan di merata-rata dan diberi peluang untuk memperoleh kasih sayang dan layanan yang sebaik-baiknya.

Jambatan, lebuhraya dan bangunan tinggi kita jaga tetapi anak-anak kita biarkan. Ilmu yang ada tidak diamalkan begitu juga dengan budi bahasa. Di mana-mana pun kita perhatikan keadaan seperti ini wujud. Saya sendiri pernah ditolak oleh pengawal keselamatan di Hospital Kuala Lumpur hingga lutut saya terpusing dan bengkak sampai sekarang. Mereka rasa berkuasa hingga kad yang saya tunjukkan dicampakkan ke lantai.

KESAN SOSIAL
Saya pernah ditanya oleh seorang pekerja saya apa panduan yang terbaik untuk dia mengerjakan umrah? Saya berkata tentulah niat kita hendak buat ibadah mengikut peraturan-peraturan umrah. Selain daripada itu, pada saya pula yang terbaik sekali ialah mencari sahaja peluang untuk membantu orang.

Jika melihat ada orang tua sedang menyeberang jalan, bantu dan pimpin tangannya. Jika orang bertanya tempat solat, tunjukkan kepada mereka. Demikian juga semasa mengelilingi Kaabah dan melakukan saie, jangan tolak-tolak.

Itulah ibadat yang terbesar sekali dan anda akan rasa sungguh puas dan bersyukur kerana telah diberi peluang ini. Pulang saja dari umrah setelah berjumpa dengan ibubapanya, pekerja tadi terus mencari saya dan terus mencium tangan saya.

Katanya,"saya sunguh bersyukur kerana dapat melaksanakan apa yang dinasihatkan dan saya merasakan ibadat umrah saya itu, alhamdulillah lebih berjaya. Terima kasih banyak-banyak"

Renungan saya ialah mengapa perkara ini tidak difikirkan sedalam-dalamnya oleh ahli fikir dan para pemimpin. Saya sudah puas beri taklimat ke sana sini tetapi nampaknya "tidak berkesan".
Kita berdebat tentang jambatan, "Ring Road" dan berbagai infrastruktur tetapi jarang sekali berbincang tentang masalah-masalah seperti ini.

Di sesetengah negara menjadi satu polisi apabila satu-satu projek seperti bangunan, jambatan atau lain-lain dicadangkan dibina, ini mesti disertai dengan kajian impak sosial dan kesan keatas anak dan keluarga di sekitar kawasan itu.

Saya juga pernah bertanya tentang aspek ini dalam satu majlis bila cadangan membina koridor-koridor dibuat, adakah kajian telah dibuat tentang impak sosial? Jawabnya tidak ada. Sedih sungguh saya rasakan.

Setiap hari kita lihat keadaan semakin buruk. Apabila ada seseorang membuat keputusan untuk keluar rumah untuk bekerja dan meninggalkan tugas asa sebagai isteri, ibu dan surirumah, seharusnya ada polisi dan program siapa pula yang akan menjalankan tugas-tugas ini.

ENAM BULAN PERTAMA
Saya pernah terlibat dalam perbincangan waktu saya mewakili negara, tentang Hal Ehwal Wanita di Bangsa Bangsa Bersatu dan isu-isu berkaitan termasuk pekerjaan yang pada asasnya tidak sesuai untuk wanita tetapi nampaknya hari ini kita hanya bercakap tentang "persamaan taraf antara wanita dan lelaki".
Dalam pada itu kita juga seharusnya memberi penekanan tentang waktu kelahiran dan 6 bulan pertama seseorang anak. Masa ini amat penting sekali bagi pembangunan anak kerana daripada waktu itulah otak dan sistem sarafnya amat pesat membangun.

Kalau dulu kita biasa mendengar risiko melahirkan anak dengan Sindrom Down sekiranya hamil selepas umur 40 tahun, tetapi kini sudah ada ibu yang berusia bawah 25 tahun melahirkan anak pertama dengan masalah ini akibat stres atau tekan yang dialami ibu di tempat kerja di samping faktor, sukar melahirkan, mengalami pembedahan dan juga mengambil berbagai ubat waktu mengandung. Anak juga tidak dapat diberikan susu ibu kerana terpaksa bekerja lepas 2 bulan dan ditukarkan kepada susu lembu.



oleh : Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar (institut pembangunan keluarga & kanak-kanak NURY)

dipetik dari majalah wanita segmen permata hatiku





Selasa, 10 Februari 2009

Pernah Terfikir Ke

Pernah terfikir ke? Masa saya duduk kat pantai dalam ,masa tu kawasan setinggan le kan..
Tiap kali gi kerja naik bas, belum mampu beli walau sebijik moto kapcai pun..baru keje..
Ternampak la bas sekolah,penuh ngan budak2..pagi lagi tu..kadang tu masa balik dari kampung ,ternampak jugak ..sebelum subuh tu..
Terfikir tak ,dema ni semayang subuh ke?
Kalu melentur buluh biar la dari rebung kan..
Budak2 ni waktu rebung nya bila masa? 22 tahun,bole kata umur rebung lagi KE?

Jumaat, 6 Februari 2009

Melentur buluh dari rebung Ye..

Semua orang tahu perkara ni ye tak? Tapi berapa ramai yg faham agak nya Ye? Terutamanya para ibuBapa..dan para Pendidik..para Pemimpin..pun termasuk gak ni..
Ada satu ustaz cakap,pakaian kita contohnya ikut sapa? Rasulullah berpesan pasal benda ni...Pakaian kita yg serupa satu kaum maka kita termasuk dalam kaum tu...mcm tu lah lebih kurang bunyi nya.
Jadi sekarang ni kita melentur rebung kita ke mana? Kata ustaz tu lagi anak dia yang dihantar ke sekolah agama ,kena pakai tali leher ,jadi macam mana budak tu nak pandai pakai serban. Jadi kita melentur rebung ni ke mana?
Pemimpin pulak kata kita maju ikut acuan kita? Tapi cam sama je dengan acuan USA..
Pikir-pikir kan la...Kerbau ke.. BOKBONG KE ..TU???